February 25, 2012

hikmah kejadian itu.


mood : trauma plus insaf

semalam otw balik kuantan kat highway maran.
nampak eksiden depan mata.
lori tu bagi signal berhenti tepi kt lane kiri.
then moto ni kemain laju xsedar kot lori tu benti.
moto tu rempuh dengan kuat nye belakang lori yg statik tu.
betol-betol time tu mata aku tengah menghadap lori n moto tu.
kitorang kat lane kanan time tu.
aduh!aku tak dapat bayangkan kesakitan dia.
laju oke moto tu bawak.memang straight rempuh lori tu.

aku bernasib baik sebab rabun jauh.
so tak nampak dengan jelas sangat muka dia yg betol2 rempuh lori tu.
tapiii incik amin cakap die nampak dgn jelas.
berkecai cermin helmet die.mesti sakit sangat =___=
kalau aku nmpak dgn jelas mesti termimpi-mimpi.
sampai harini aku teringat-ingat lagi kejadian tu.

dalam hati sangat terkejot.laju jantung aku berdegup masa tu.
teros abg ipar amin slowkan kete.
kalau x 180km/j kot abg zamri bawak.
tau  laaa bawak honda.smooth je ase.huhu..
tapi pengajaran dia malang tak berbau tau.

ajal ni kat tangan Dia Yang Maha Kuasa.
saya sendiri tak tau bila masa saya.
mungkin malam ni.mungkin esok.mungkin bulan depan.
persoalannya cukup ke amalan saya utk bekalan di sana nnt.
tentu-tentu laaa terlalu sikit.
setiap saat yg kita still bernafas.bersyukurlah.
mungkin ada hikmah Dia tunjukkan saya kejadian tu.
bersyukurlah yusrianna...

February 23, 2012

it ends today :(


im waiting for incik amin to pick me up.
we're heading to Kuantan this evening.
so dats mean my job as a
babysitter end here.
and im gonna miss Dhia so so so muchh!


gonna miss her smile.
her cries.
her cute lil face.
her booncit tummy.
and every single thing bout her.

bye Dhia!luv yuu much!


February 14, 2012

Dhia lagiii

ni entry kedua pasal anak buah kesayangan yg debab, boolat, tembam, chubby, mata boolatdan yg palingggg penting cooomel mcm makcik die ni.hahaha.. ni nak cerita sikit ni. Dhia ni time lahir mata sepet gile oke. sama macam abg aku yg selaku ayah baby ni. tapi skang dah bertukar mata dah. mata dia sangat boolat mcm guli oke! pastu pipi kemain chubby lagi.

genap umur Dhia 2 bulan 5/2/2012 aritu berat dia 4.5kg. perhhh!! berat oke. lenguh tangan mak cik die ni.hehe.. and aku selaku babysitter yg tak bertauliah ni keje aku snap pix Dhia setiap hari. lappy aku ni penuh pix dia sorang oke. ni haa some of the collections. tidur. menangis. menguap. seme aku snap selagi boleh. hehe..


ada comel mcm mak cik dia tak? lalalalalalala~ so kesimpulan cerita aku harini adalah 
aku dah fully prepared. wahahahaha! gurau~ gurau~ 4 tahun lagi. lama tuuu.
oke bye bloggers!


February 13, 2012

the one that got away~



i love this
cover by Tiffany Alvord & Chester See.
better than katy perry.
maybe sebab saya suke lagu yg slow-slow.
enjoy!


February 8, 2012

sedap betol air sirap!


oke tajok entry tu maksudnya aku tengah menyirap! sesungguhnya aku tengah marah. sangat marah oke! tahap kemarahan aku skang dah cecah 150%. lau orang yg buat aku marah tu ada depan mata memang aku lenyek-lenyek die tau! susah betol lau manusia ni tak tahu apa maksud 'be responsible' ! pastu menyusahkan hidup orang. tau tak! tau tak! iskkkk!!

paling tak boleh blah ko dah janji. aku tanya confirm byk kali ko kata confirm. then aku dah cancel ngan semua org lain yg nak. pastu tetiba mak ko call cakap tak jadi masuk. mak yg call oke! ape bende laaa perangai ko ni. yang nak masuk rumah tu ko ke mak ko? yang deal ngan aku.. yang berjanji ngan aku ko ke mak ko? dah buat salah tau takot. then apa salah, ko cakap sendiri leklok mintak maaf xdelah aku menyirap sangat.

skang ni dah last minit cancel mana aku nak cari orang ganti. adoilahh. bawak bersabar jelah yus! seyes aku rasa nak pegi cari ko kt kbm sampai jumpa tau! oke oke dah merepek pepanjang lega sikit kemarahan aku. nak marah org yg sepatotnye credit lak takde. so belog jela tempat meluah. okebai! nak pegi tenangkan diri. 

February 7, 2012

story of beautiful skies..



cantik kan langit. lukisan Yang Maha Besar..
Allahuakhbar!

actually pix ni snap dari dlm kete. otw to kl from kuantan. bersama incik bofie & his sista. tengok langit cantik sangat-sangat. then laju-laju lah kua kan cam 'dendang' aku ni. oke 'dendang' tu seme akim pny keje kasi title mentang2 cam aku kecik je kan.

oke oke back to the stories. sebenarnya ni semalam punya cite. cite seram. seram ke? seram la jugak oke! masa tu kat highway maran. aku punya la syiok dok snap pix langit siap bukak tingkap angin dah macam nak terbang cam aku tau! then tengah syiok snap bebanyak ni tetibe my fingers bleeding. ohh mak kau! cemas dah tengok jari sendiri ape hal tetibe berdarah ni. capai tisu then lap-lap semua, aku teliti lah luka tu. luka mcm kene hiris dgn pisau oke. xde lah besa sgt luka nya tp bole tahan pedih la kan.


haa ni pix jari yg luka tu. kulit mmg dah takde. bak kata atoy luka besa taik hidung dia. hahahaha! atoy gile. tapi kan most importantly apa punca luka ni. seseorang sila kasi aku logic explaination pls! nak ckp tlanggar sesuatu aku tak rasa pape pon oke. tau-tau dah berdarah jek. luka tu still pedih tau sebab kulit dah takde. mengada je lebiy yus ni padahal luka ckit je. hahaha. incik amin da sapukan minyak gamat da pon. okelah tu je cite nye. cite dah habis.

pape pon still puas hati dapat snap pix langit yg cantik sangat-sangat. ada banyak lagi tp malas nak upload. teringin nak p pantai snap view cantik-cantik. tah bile laa lagi kan.

beralih kepada cite lain lak. cuti cik yus dah tinggal sebulan. 05 March ni dah stat kelas. last sem for me. hoyeahh2!! tak saba nak abis kot. tapi dah tengok jadual. packed gile ohh.. malam pon ada kelas.haishh~ rasa macam takde masa je nak enjoy. ehh!! ni tipo gile sebab pena plak aku x enjoy even bz camne skali pon. haha

last sem last chance utk cik yus naikkan pointer supaya nnt dpt grad dgn ijazah kelas pertama. teringin nyee.. sipi-sipi pon jadi lah. ohh plsss berusaha lebih ckit sem depan ye yus! jangan tau berangan je tapi usaha takdok! haa tengok ni tengah membebel kat diri sendiri. maksudnyee dah kene stop. okebai!

p/s : 238 days & still counting


January 26, 2012

his day !


25.01.1989.his birthday.

happy happy happy belated birthday
sweetheart

while many people may be thinking of you 
on your birthday, 
I want you to know that
 I’m first on that list ! :)

January 20, 2012

Mama, I Love You


safely arrived at kuantan.
home sweet home ~
menitis air mata ni pelok mama yg dirindui.
besar dugaan mama kali ni.
Ya Allah tabahkanlah ibuku.
kuatkanlah ibuku.


harap mama mampu tersenyum gembira 
macam ni lagi.
semalam lama sangat mama pelok saya.
sambil menangis.
Tuhan je tahu macam mana
perasaan saya bila dpt rasa
mama saya terluka dgn anak-anak dia.
terlalu terluka kali ni.

apa yang jadi sekarang
menjadi pengajaran & peringatan buat saya.
jangan lah sakiti hati ibu.
jangan kecewakan harapan ibu.
 sebelum buat sesuatu
fikirlah ada ibu yang tengah mengharap.
ada ibu yang sentiasa mendoakan anak-anak dia.
sanggup ke kita sakiti hati 
yang selama ni tak pernah penat
membesarkan kita.

Mama, ampunkan semua dosa-dosa nana.
Mama, tabahlah hadapi dugaan ni.
Mama, I Love You

January 18, 2012

best song



my bedtime song
terhenti di sini by incik amin :)
rinduuu !

January 14, 2012

ACCA !


harini mood baik. nak share something useful. hehe.. in about 7 months from now saya akan grad. doakan saya grad on time.hee.. so bile dah nak dekat grad ni lah baru sibuk nak rancang masa depan kan. saya ada 1 target. saya nak amik ACCA lagi 3 tahun. nak keje kasi stabil kewangan dulu then insyaAllah saya akan amik ACCA exams ni.

berkat bantuan incik google banyakla info yg saya gather harini. so utk share kat kawan-kawan saya prefer bahasa yg lebih mudah. first ape tu ACCA? haaa ade gaya cikgu tak?haha.. ACCA stand for the Association of Chartered Certified Accountants. ACCA ni adalah 1 badan global utk professional accountants. so bile ada perkataan global tu maksudnya ACCA qualification ni relevant utk seme negara lah. so lau tetibe korang nak berhijrah ke overseas ke kan this qualification is still relevant & can be used. 

so to be qualified as a professional accountant under ACCA, ofkos laa korang kene amik exams. so setelah diselidik total ada 14 papers. okelah assume skang saya dah dpt degree saya, Bachelor of Accountancy (Hons). saya akan dapat exemption 9 papers. only left 5 papers. ehh korang igt 5 paper yg tinggal tu senang? murah? takyah berangan! hahaha..

click to enlarge























for different universities you can click here to check for your exemption papers.

so kat atas ni lah total 9 papers yg exempted tu. you will need to pay an exemption fee for each paper exempted. haaa dah bape dah kene baya tu. sebab tu kene keje dulu baru aku nak amik ACCA ni.huhu.. 

then bila dah passed all the exams ingat dah layak jadi ACCA qualified accountant ke? belom lagi lah. korang kene pass professional ethics module dan most important korang akan ada practical experience requirement (PER). 

dengan bahasa mudah kene ada working experience in accounting or finance-related role for 3 years. PER ni tak semestinya korang amik lepas dah passed seme paper. kalau aku nantilah kan, aku akan prefer utk cari workplace mentor kat tempat keje aku. dalam masa yang sama amik exams untuk 5 paper yg tinggal tu. so study utk exam papers maybe on weekend je. so aku tak perlu lah benti keje kan. lagi satu seme papers yang kita akan amik tu akan ada kaitan dgn PER. so for better understanding baik buat PER & at the same time amik exam papers tu.

second choice korang boleh amik full time study utk exam papers tu. then dah passed all papers baru korang start PER utk 3 tahun. bagi aku lau full time study macam makan masa & duit ckit lah kan. eh lupa nak explain pasal 'worplace mentor'. yang ni mmg wajib kene cari sebab workplace mentor ni yang akan supervise & review korang punya performance & progression & tentukan samada korang capai tak performance objective yg ditetapkan oleh ACCA. then lepas tu korang perlu jawab some challenge questions & submit kat workplace mentor & also to ACCA.

then tamatlah sudah flow untuk dapatkan ACCA qualification. penat menaip haaa. punya rajin aku nk share info harini. harap-harap berguna lah untuk korang. kalau ada yg tersilap info tu tolong betolkan saya eh. so cukuplah sampai sini. for further information you can refer to this website http://www.accaglobal.com/ 

goodnite !

January 12, 2012

my plan.



insyaAllah :)

January 9, 2012

say bye !


lastday kat jb. nak pegi merantau ke puchong lak. tugas sbg babysitter menanti. hehe.. ala anak buah sendiri jugak so saya dengan senang hati nye nak pegi cium-cium baby tu :)
so goodbye jb. sok saya nak pegi date dulu tatap muka incik bf yg dirindui then menetap lak uma abang saya. tetibe rindu kuantan la plak. dah lama tak pegi pantai. takde pantai cantik la kt jb ni. sobbsss...

mr. ted !

so i have to say goodbye to mr. ted. mesti die hepi saya takde sebab lau tak die slalu kene dera tiap kali saya gado ngn incik amin. hehe.. im counting the days until his birthday. still taktau nak kasi hadiah ape yg bole buat die happy smp takbole tido. nevermind lah. asalkan saya boleh jumpa die esok and lagi 2 minggu. yeay2!! orang tengah ade mood nak menulis camnilah gayanyee. jiwang abis. lalalalala~

anyway kawan-kawan saya deactivate fb sementara waktu tau. saje je nak tau sape yg merindui aku kat fb tu. hahaha.. okebai seme!

January 8, 2012

soulmate?


" kita mendapati dia mempunyai kekurangan, apakah kita berfikir 

"ah, ni mungkin bukan jodoh kita, kita harus berpisah. pokoknya, soulmate itu bukan "diberikan" kepada kita tetapi "dibuat" oleh kita. kalau ada kekurangan, kita terima dan kita sesuaikan. tak perlulah kata "ini bukan jodoh aku yg Allah takdirkan "


petikan kat atas ni saya amik kat komen salah sorang pembaca belog terfaktab.
Awak, jodoh itu rahsia Allah <------sape rajin click lah link ni ye.


so yg nak dikaitkan ngn cik yus ialah al-kisahnye saya & incik amin jantung pisang saya tu mmg kaki gado sesama sendiri. 
selang 2 hari ade je yg nak dibalahkan. pastu nanti masing2 tunjuk perasaan. hehe.. tapi tapi kitorang paling lama pon gado 2,3 jam je. lepas tu mesti masing2 ase bersalah & saling memujuk.kih2..

ehh yus! ape cite kisah cinta karat ko kat sini ni. eh biar lah! ni kan diari saya. sape yg dah stat geli-geli tu takyah baca okeh. so balik smula kat petikan yg kat atas sekali tu. die ade kekurangan & saya pon byk kekurangannya. tapi tu bukan penyebab utk kitorang fed up dgn masing-masing. kekurangan die saya terima & saya cuba sesuaikan. dan mcm tu jugak die. hopefully lah kan.hehe


1 sifat die yg saya dah faham. kalau die penat die akan jadi seorang yg cepat marah. even hal yg kecik pon die nak marah-marah. cik yus ni dah la sensitif tahap takbolehandle kan. die penat saya pon penat jap lagi die marah-marah. meleleh la airmata ni diam-diam.hehe.. so bile dah lama-lama & dah faham. lau die penat drive jaoh-jaoh seboleh mgkin la saya jd gf yg paling memahami. tu lah mksud die saya terima kekurangan die & cuba sesuaikan :)


dan kes saya plak. saya ni sensitif & cepat emosi. kalau lah die wat salah & saya tak puashati kan tangan ni laju je taip meset yang sakitkan hati kadang-kadang. berjela-jela panjang sbb tengah emosi kan kan. so die dah faham slalu nye die cepat-cepat mengalah even kadang-kadang die tak salah pon. die cakaplah sorry. haaa bile dah dengar die ckp sorry cepat je sejuk hati ni. dan itulah maksud die terima kekurangan saya & cuba sesuaikan :)


biasalah orang bercinta takdenya nak happy ketawa 24jam. fairytale boleh lah kan 'live happily ever after'.hehe.. kalau nak hubungan tahan lama masing-masing kenelah memahami & tolak ansur. kalau setakat hal kecik tu takyah la nak gado lama-lama. cehh! yus ayat. peringatan utk diri sendiri sebenarnya.hehe..



fevret pix saya nih. pix 4 tahun lepas. masa ni last dinner dekat kmj. lau tengok pix ni mesti tersengih sorang-sorang ingat balik kisah dulu-dulu. tak sangka kan kan.hehe..punya seronok menulis tak seda dah berjela-jela panjang nye. mesti takde orang nak bace.hehe.. takpe-takpe nanti lagi 10 tahun bace smula belog ni kan dah boleh sengih sorang-sorang ag. lalalala~

to be continued..tata !

January 6, 2012

mana ohh mana??



Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

part lan meet uncle hussein
& aizat nyanyi
memang terbaik lah !
tak bosan dengar lagu ni banyak kali.
besh ! besh !



January 1, 2012

congrates piqa!



congratulations on your wedding!:)
piqa & husband.
i wish you eyeys full of joy and
long and interesting life together!

and they were wearing my faveret color lah.
nampak soft & sweet sgt.
suke!suke!

5 days spent in gombak & shah alam.
attend the wedding.
dan masa selebihnya spent time with his family.
'his' tu faham2 jela sape.hehe


suke sangat wedding flowers ni !
roses are always the prettiest kan kan.
oke ni pendapat aku sorang je.hehe


ngade tak pix ni?
oke.tau dah. lalalalala~
3 years to go 
dah janji nak beli rumah besar kat mama &
nak beli kereta swift merah dulu
baru boleh kawin.

but still jeles kot tengok ramai 
membe2 dah kawin.
younger than me pon dah ramai T_T
maklum lah hujung2 tahun ni mmg ramai lah
yang bersatu.hee

but its oke.
family first :)
ada jodoh tak ke mana kan kan.
so chaiyo!chaiyo! yusrianna.

tak sabar nak grad nih.
nak keje.nak keje.
tanak keje partime kt gsc or pizza lg.
nk keje ofis plak.
sejak2 dah intern ni mmg mengada ckit.
hahahaha..

semester break 3 months.
1 month passed by already.
makan.tido.muvi.online.

another 2 months.
a big probability i'll do the same things.
then termenung laa sebab badan
bertambah2 bulat nyee.
esok joging lah! (kunun lebiy)


sengaja letak pix aku yang gemok ni.
sbb nak sedarkan diri sendiri.
tolong lah pegi joging esok yusrianna !

eh ape bende je si yus ni merepek.
oke dahla.
nak berangan kejap
before off to bed.
good nite bloggers !
happy journey into the world of dreams