June 26, 2014

Indah


believe me, kahwin tu mmg indah :)
lagi-lagi bila first time solat berjemaah. nak mengalir air mata masa tu.
no words can describe how much i love this person.

semoga kami sama-sama kuat menempuh pasang surut hidup berumah tangga.
amin...



photos credit to Azlan Kasim A Visualizer


June 13, 2014

Yus Dah Kahwin !


Hi blog ku!

Saya kini bergelar puan Yusrianna. Alhamdulillah~


After almost 8 years of knowing each others & 3 years of dating,
i can finally call him "suamiku" kihkih ;)

7 Jun 2014
terima kasih ya Allah atas nikmatMu.
semoga masjid yg dibina kekal teguh sampai syurga. amin...
selamat melayari bahtera rumah tangga Yus!




February 8, 2014

Courage



To breathe, to think, to struggle, and to overcome challenges in the pursuit of the things i love.  
Yes, sometimes i will encounter heartache along the way, 
but that’s a small price to pay for immeasurable moments of love and joy. 
Be strong. Be happy & enjoy the moments Yusrianna!
wish me luck for my wedding preparation :) 

*handbouquet by Nad on my engagement day. lovely!

 

January 19, 2014

Review : DIY Mini Pelamin


lepas sebulan tunang baru nk kuar review tunang yg kedua kan.
biasalah yus mmg suka hangat-hangat taik itik. Haha

so kali ni nak review mini pelamin plak ye.
disebabkan aku nak menjimatkan kos kononnye,
aku pn sewa lah barang-barang dari Your DIY Project Supplies.


setelah aku survey dgn gigihnye yg ni lah 
paling murah rental barang-barang nya.
korang boleh amik pakej RM160 siap semua yg diperlukan
utk korang DIY mini pelamin korang sendiri.


macam aku sbb gedik xnak duduk atas bantal ottoman tu.
so aku tambah rental kerusi kat bawah ni dgn harga RM130.
so total up RM160+RM130=RM290
trus jadi mahal. konon nk jimat sgt kan. haha


setelah menelek aku jumpalah 1 pelamin DIY sbg sumber inspirasi aku.
ini hasil salah sorang customer Your DIY Project Supplies tu.


berbekalkan gambar ni sbg rujukan aku pn mengerah
tenaga yg ada mlm sblm tunang tu utk pasang pelamin aku.
kira aku mcm supervisor jelah. tgok je dr jauh. wahahaha


penyumbang tenaga yg first. Adi tolong pasangkan backdrop.


itu dia Darwish & Abg Azri penyumbang paling penting dlm terhasilnya pelamin aku.
terima kasih korangggg!

so so so inilah hasil titik peluh mereka. aku sukaaa!



nampak tak 2 bebola kecik tergantung kat atas tu.
tu namanya DIY pomander ball.
10% hasil tangan aku & lagi 90% hasil tangan incik amin.
nasib tunang aku tu boleh diharap. hehe



ni masa in progress pomander ball. comel kan guna kertas crepe.
nanti kalau rajin aku review pasal ni plak.

haaa terlupa plak nak cite.
kalau korang nk sewa barang-barang ni pastikan ada kereta yg bersaiz besar.
aku angkut dgn kete savvy oren incik amin.
abis calar balar cermin kereta dia.
xsangka plak jackset stand tu panjang gila.
walaupun adjustable lipat-lipat tp still panjang jgk.
buat yg xtau 'jackset stand' tu ialah besi utk pasang backdrop tu.
supaya xpayah la korang tebuk lubang dinding rumah korg.

lepas tu set rental DIY RM160 tu dapat 2 biji je pasu bunga.
aku rasa mcm kosong je kalau 2 je so pegi nilai 3 belilah pasu kaca & bunga artifiical.



so mama lah jadi penggubah bunga nye.
lagi skali aku jadi supervisor je.
best! best! kihkih..

so setakat ini dulu lah review kalini.
nak pegi melantak nasi kerabu.
ok bye!