August 11, 2012

resepi trifle...


lau bulan puasa je mst kat tv penuh rancangan memasak kann.
maklumlah bulan Ramadhan ni lah semua suri rumah nk try resepi baru kan.
so disebabkan aku tgh dlm mood rajin ni, aku nak share resepi trifle.
credit to sharifah amirah! sbb dia lah yg ajar kami-kami 1 kelas buat trifle ni.
seyesly sedap dan tak muak oke!


bahan-bahan nya:
1 roll swiss role cake
1 packet oreo
4 sudu tepung kastard
1 tin susu cair
gula secukup rasa
cocktail
dadih/jelly

cara-cara nya:
1- potong swiss role cake mengikut ketebalan yg disukai.
sebaiknya jgn tebal sgt sbb takut muak nanti kan.
lepas tu susun lah dlm bekas cantik2 dan kasi mampat.
mcm cth pix kat atas ni aku guna perisa oren choc.

2- asingkan air cocktail & buah dia. air cocktail tu
curah sikit2 je kat atas swiss role yg disusun td.

3- tumbuk oreo tp make sure jgn terlalu hancur.
then letakkan oreo tu atas swiss role yg dah disusun td tu.

4- masukkan tepung kastard dlm bekas then tambah air suam.
kacau sampai betul2 sebati. jgn guna air panas sbb
bila korang campur dgn susu nnt dia akan jadi berketul2. 


5- panaskan susu dlm periuk pastu tambah adunan tepung kastard td
& tambah gula secukup rasa. 
lepas tu tambah air sikit kalau kastard tu pekat sgt.
then kacau smp puas hati.

6- letakkan adunan kastard korang da masak td sbg
lapisan ke3 iaitu atas oreo.

7- letakkan buah cocktail sbg lapisan ke4 iaitu
atas adunan kastard tadi. 
nak letak buah peach pn boleh. ikot suka lah.

8- lastly korang boleh lah pilih nak guna jelly or dadih
sbg lapisan teratas skali. kalau aku suka dadih lg sedappp!

makanya udah siap. senang kan kan!
aku yg jarang p dapur ni expert dah buat trifle ni.
sedap gilerr plak tu. hahaha
 skali skala nak bangga diri ckit2 xpe kan.

7 hari lagi dah nak raya tp feel raya tu x dtg2 punn.
pelik kan? haishhh~
tapi baju raya dah beli dah.
matching ngn kekasih hati. heee..

No comments: