January 9, 2012

soulmate?


" kita mendapati dia mempunyai kekurangan, apakah kita berfikir 

"ah, ni mungkin bukan jodoh kita, kita harus berpisah. pokoknya, soulmate itu bukan "diberikan" kepada kita tetapi "dibuat" oleh kita. kalau ada kekurangan, kita terima dan kita sesuaikan. tak perlulah kata "ini bukan jodoh aku yg Allah takdirkan "


petikan kat atas ni saya amik kat komen salah sorang pembaca belog terfaktab.
Awak, jodoh itu rahsia Allah <------sape rajin click lah link ni ye.


so yg nak dikaitkan ngn cik yus ialah al-kisahnye saya & incik amin jantung pisang saya tu mmg kaki gado sesama sendiri. 
selang 2 hari ade je yg nak dibalahkan. pastu nanti masing2 tunjuk perasaan. hehe.. tapi tapi kitorang paling lama pon gado 2,3 jam je. lepas tu mesti masing2 ase bersalah & saling memujuk.kih2..

ehh yus! ape cite kisah cinta karat ko kat sini ni. eh biar lah! ni kan diari saya. sape yg dah stat geli-geli tu takyah baca okeh. so balik smula kat petikan yg kat atas sekali tu. die ade kekurangan & saya pon byk kekurangannya. tapi tu bukan penyebab utk kitorang fed up dgn masing-masing. kekurangan die saya terima & saya cuba sesuaikan. dan mcm tu jugak die. hopefully lah kan.hehe


1 sifat die yg saya dah faham. kalau die penat die akan jadi seorang yg cepat marah. even hal yg kecik pon die nak marah-marah. cik yus ni dah la sensitif tahap takbolehandle kan. die penat saya pon penat jap lagi die marah-marah. meleleh la airmata ni diam-diam.hehe.. so bile dah lama-lama & dah faham. lau die penat drive jaoh-jaoh seboleh mgkin la saya jd gf yg paling memahami. tu lah mksud die saya terima kekurangan die & cuba sesuaikan :)


dan kes saya plak. saya ni sensitif & cepat emosi. kalau lah die wat salah & saya tak puashati kan tangan ni laju je taip meset yang sakitkan hati kadang-kadang. berjela-jela panjang sbb tengah emosi kan kan. so die dah faham slalu nye die cepat-cepat mengalah even kadang-kadang die tak salah pon. die cakaplah sorry. haaa bile dah dengar die ckp sorry cepat je sejuk hati ni. dan itulah maksud die terima kekurangan saya & cuba sesuaikan :)


biasalah orang bercinta takdenya nak happy ketawa 24jam. fairytale boleh lah kan 'live happily ever after'.hehe.. kalau nak hubungan tahan lama masing-masing kenelah memahami & tolak ansur. kalau setakat hal kecik tu takyah la nak gado lama-lama. cehh! yus ayat. peringatan utk diri sendiri sebenarnya.hehe..



fevret pix saya nih. pix 4 tahun lepas. masa ni last dinner dekat kmj. lau tengok pix ni mesti tersengih sorang-sorang ingat balik kisah dulu-dulu. tak sangka kan kan.hehe..punya seronok menulis tak seda dah berjela-jela panjang nye. mesti takde orang nak bace.hehe.. takpe-takpe nanti lagi 10 tahun bace smula belog ni kan dah boleh sengih sorang-sorang ag. lalalala~

to be continued..tata !

2 comments:

Unknown said...

belajar untuk saling memahami dan
menghormati perasaan dia..
insyaallah..kekal bahagia//

yusrianna said...

insyaAllah.thanks :)